GEORGTOWN : Tindakan 1,000 orang termasuk penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi mengadakan demonstrasi aman membantah pengusiran mereka berhasil apabila pengusiran berkenaan ditangguhkan atas perintah mahkamah.

Penduduk berkumpul seawal 6 pagi sebelum berita penangguhan pengusiran itu dimaklumkan pada 10.30 pagi.

Penangguhan itu diumum oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail selepas dimaklumkan oleh peguam selepas mendapat arahan mahkamah dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ahmad berkata, hasil budi bicara termasuk memikirkan soal keselamatan dan ketenteraman penduduk di sini yang sudah berkampung sejak beberapa hari lalu, pihaknya mengadakan perbincangan bersama pemilik tanah serta bailif mahkamah akhirnya berjaya mencapai kata sepakat untuk membuat penangguhan.

Beliau berkata, buat sementara waktu tiada tarikh ditetapkan oleh pemilik tanah untuk mengusir penduduk terbabit selain bersedia untuk mengadakan pembincangan semula bersama kerajaan negeri bagi mendapatkan tarikh baru serta memberikan sedikit pampasan kepada penduduk.

SHARE
Previous articleKim Jong-Un Arah Tentera Bersedia
Next articleTerus Perkuatkan UMNO – Shafie