PETALING JAYA – AirAsia memperkenalkan BIG Fixed Points atau mata tetap AirAsia BIG bagi membolehkan 12 juta ahlinya menebus penerbangan syarikat itu.

BIG Fixed Points membolehkan pelanggannya mengetahui berapa jauh penerbangan yang boleh ditebus dengan mata BIG yang diterima berdasarkan durasi penerbangan.

BIG Fixed Points bermula daripada 4,500 mata BIG untuk penerbangan kurang dari satu jam hingga 30,000 mata BIG bagi penerbangan lebih enam jam.

Dengan pengenalan BIG Fixed Points, AirAsia menyasar untuk mengumpul keseluruhan 13 juta ahli kad BIG menjelang akhir tahun ini, meningkat dari 12 juta ahli ketika ini.

“Daripada 12 juta ahli yang direkodkan, sekitar dua hingga tiga juta adalah ahli aktif. Namun untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan kad BIG dan perkhidmatan penerbangan AirAsia, kami akan menggiatkan publisiti dan pendedahan kepada pelanggan mengenai manfaat kad ini,” katanya.

Sementara itu, Alice berkata, penebusan penerbangan AirAsia dengan BIG Fixed Points memberikan pelanggannya lebih banyak kemudahan dan nilai tambah apabila menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.

“Program AirAsia BIG Loyalty membolehkan BIG Shots mendapatkan mata BIG bagi semua entiti di bawah syarikat Kumpulan Tune seperti AirAsia, Tune Hotels dan Tune Talk.

“Selain itu, terdapat lebih 100 BIG Loyalty Partners di seluruh rantau ini termasuk PETRONAS, Maybank, CIMB Niaga, Citibank, WCT Holdings Bhd (Paradigm Mall & [email protected]), Agoda, Hilton Worldwide, Bank of the Philippines Islands (BPI), Starhub, DBS Bank, dan Bangkok Bank,” katanya.

Sempena pelancaran baharu itu, AirAsia BIG menganjurkan penebusan istimewa di mana BIG Shots yang menebus penerbangan BIG Fixed Points akan diberi ganjaran penerbangan percuma sehala mulai esok hingga 10 April.

SHARE
Previous articlePOTA Lulus Tunjuk Solidariti Anggota Parlimen Kerajaan – Zahid Hamidi
Next articleRinggit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS