SEPANG: Selepas beberapa minggu berteka-teki mengenai status sambungan kontrak penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1), akhirnya Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerima berita gembira sebaik sahaja tamat aksi Grand Prix Malaysia 2015 pada Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan status sambungan kontrak baharu selama tiga tahun bermula 2016.

Beliau turut mendedahkan bahawa Petronas yang menyokong perlumbaan F1 di Malaysia sejak pertama kali diadakan pada tahun 1999 akan terus menjadi penaja utama untuk tempoh yang sama.

“Kita perlu membangunkan perlumbaan F1 sebagai satu acara yang mendapat sambutan lebih meriah dan menggalakkan bukan saja di peringkat antarabangsa tetapi juga di kalangan rakyat Malaysia.

“Jadi untuk mencapai objektif ini, kita perlu bergerak secara lebih bersepadu lagi. Ini bermakna agensi kerajaan lain seperti Tourism Malaysia dan daripada jabatan lain juga perlu memainkan peranan bagi menjadikan acara ini satu acara penting untuk pelancongan negara.

“Kita juga perlu mencetuskan satu keseronokan untuk menarik mereka hadir ke acara ini. SIC ada idea cuma mereka memerlukan sokongan daripada jabatan kerajaan yang lain.

“Kita kena mempromosi acara perlumbaan ini secara lebih agresif,” katanya yang juga Menteri Kewangan selepas menyampaikan trofi kepada pemenang perlumbaan F1.

Dalam pada itu, kontrak baharu penganjuran ditanda tangani hari ini selepas persetujuan di antara SIC dan Formula One Management (FOM) dicapai

SHARE
Previous articlePOTA Dibentang Di Parlimen April – Zahid
Next articleF1: SIC Akan Promosi GP Malaysia Hingga 2018