PUTRAJAYA, 26 Okt – Kerajaan memutuskan bahawa harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50, manakala harga minyak masak selain itu akan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

Beliau berkata, harga minyak masak paket 1 kg bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan.

Untuk minyak masak lain, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).

“Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.

“Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

SHARE
Previous articleFBI Buru Perompak Bank Berbaju T Seekor Kucing
Next articleLagi kebakaran di HSA