JOHOR BHARU – Timbalan┬áPerdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebentar tadi bagi mendengar taklimat dan melawat lokasi kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital pagi tadi.

Beliau turut mengarahkan setiap hospital dan klinik kerajaan mempunyai laporan keselamatan dan kesihatan terutama berkait aspek keselamatan dan penyelenggaraan bangunan.

“Saya rasa dukacita atas tragedi kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang berlaku pagi tadi.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan akan memastikan setiap bantuan dan keperluan kepada keluarga mangsa disegerakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, semua penghuni bangunan itu diarahkan keluar dari bangunan untuk dibawa ke lokasi selamat di sekitar bangunan terbabit.

Difahamkan terdapat 294 pesakit dan 193 kakitangan hospital di bangunan induk HSA ketika kejadian.

Polis mengesahkan enam pesakit maut dalam kejadian kebakaran di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini setakat ini yang dipercayai disebabkan litar pintas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata mangsa ialah empat wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 50-an.

 

SHARE
Previous articleBajet2017 – Berpijak Di Bumi Yang Nyata – Zahid
Next articleGary tinggalkan program Running Man