TAWAU, 25 SEPT – Dato Seri Shafie Hj Apdal menegaskan Parti baru yang bakal diterajui beliau bakal merubah landskap politik Negeri Sabah kerana ia adalah gabungan pelbagai suku kaum dan etnik di Sabah yang mana akan diwakili pemimpin dari pandai timur dan pantai barat.

 “Ini adalah satu perubahan landskap politik yang akan berlaku di negeri Sabah,  tidak pernah kita anjurkan penubuhan sebuah Parti yang mana pemimpin nya satu dari pantai timur, satu dari pantai barat dan gabungan masyarakat berbagai kaum yang ada ini cukup membolehkan kita, untuk membuat sesuatu perubahan”

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Silaturahim bersama warga Tawau, Sabah.

Majlis tersebut turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk bekas naik presiden Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Penampang, YB Darell Leiking.

Di Majlis sama sebanyak 3,000 Ahli UMNO sekitar Tawau mengistiharkan keluar parti.

Beliau sebelum ini mengumumkan akan mengambil alih Parti yang ditubuhkan pada 2013 di Sabah. – MALAYSIADAILY

SHARE
Previous articleMuhyiddin Disambut Penyokong
Next articleBajet2017 – Kerajaan Terus Memperkasa Ekonomi Bumiputera