Alhamdullilah! Itu luahan dari penduduk Pangsapuri Desa Mentari PJS6, Selangor yang ditemui setelah masalah di kawasan perumahan mereka di beri perhatian oleh Tan Sri Noh Omar, Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“ Belasan tahun dah, kami tinggal dalam keadaan lif rosak, tangga kotor, tapi Alhamdulillah, mereka datang luangkan masa, meninjau, memerhati keadaan kami disini terutama keadaan lif yang dah berlarutan berbelasan tahun dah “ ujur En. Suhaimi

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Blok 6, Norizan Harun berkata penambahbaikan itu memberi kelegaan kepada penduduk yang sekian lama berdepan masalah tersebut.

“Saya sangat berterima kasih kepada kementerian kerana sudi mendengar rintihan kami. Kedua-dua lif di blok saya ini telah lama rosak. Memang kami mempunyai masalah terutama ketika musim tiada air dan terpaksa mengangkut bekas berat berisi air naik-turun tangga,” katanya.

Selain masalah lif rosak, pangsapuri itu juga mengalami masalah pengurusan sampah-sarap, pakir dan sistem pembentungan.

Pada program itu Noh meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.1 juta bagi menyelesaikan masalah lif di flat kos rendah Desa Mentari.

Noh berkata berkata, peruntukan berkenaan adalah bagi menggantikan dua unit lif baharu serta penambahbaikan dan proses selenggara dalam usaha kementerian untuk membantu masyarakat miskin bandar.

“Saya lihat masalah lif terutamanya, seolah tiada penyelesaian, seperti di flat Desa Mentari ini walaupun ada dua lif, yang beroperasi hanya satu, itu pun selalu rosak.

“Padahal lif ini bagi saya merupakan jalan utama kepada lebih kurang 480 buah rumah di sini.

“Justeru untuk Blok 6, saya umumkan akan meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.1 juta untuk lif baharu dan RM80,000 untuk baik pulih railings (penghadang) tangga,” katanya.

Beliau berkata, KPKT juga akan memberikan peruntukan bagi menaiktaraf pondok polis.

SHARE
Previous articleZahid Sokong Hisham Mengukuhkan Institusi Kepimpinan Sedia Ada
Next articleNoh Yakin Selangor Mampu Ditawan