NAIROBI: Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta berjanji akan bertindak balas terhadap serangan kumpulan pelampau al-Shebab yang mengakibatkan kematian 150 orang dalam satu serangan bersenjata paling buruk dalam sejarah Kenya.

Uhuru turut mengutuk pembunuhan kejam itu yang didalangi kumpulan pelampau al-Shebab yang mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Qaeda.

Beliau dalam satu ucapan yang disiarkan stesen televisyen Kenya turut mengumumkan negara itu akan berkabung selama tiga hari dan bendera negara itu dikibarkan separuh tiang.

Kumpulan pelampau Shebab dari Somalia menyerbu sebuah universiti di negara itu dan membunuh 150 orang. Serangan itu adalah yang terburuk di Kenya selepas pengeboman kedutaan Amerika Syarikat di Nairobi pada 1998 yang menyebabkan 213 orang terbunuh.

Lelaki berkenaan yang lengkap bersenjata dan memakai jaket yang disalut bahan letupan, meletupkan diri selepas serangan selama 16 jam di pusat pengajian tinggi itu berakhir. – AFP

SHARE
Previous articleAnwar Dibenar Ziarah Jenazah Bapa
Next articlePamerkan Senarai Harga Barang Tidak Dikenakan CBP – Jailani