KUCHING : Berikutan minat mendalam terhadap Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), kerajaan Sarawak menggubal satu pelan pembangunan jangka panjang untuk pendidikan berkenaan.

Pelan Transformasi Sosioekonomi Sarawak (STEP) mempunyai dua okjektif utama iaitu mempercepatkan pertumbuhan pendapatan dan merapatkan jurang pendapatan supaya setanding dengan kedudukan negeri lain yang lebih maju menjelang 2030.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata: “Bagi kami, langkah yang perlu diambil ialah mengindustrikan ekonomi dan strategi dengan menambah lebih banyak nilai terhadap aktiviti ekonomi kami dalam semua sektor (ekonomi).

“Bagi mencapai matlamat ini, kami perlu majukan modal insan kami supaya menjadi pemacu pertumbuhan kerana pelan pengindustrian kami tidak akan mencapai sebarang hasil sekiranya kami tidak mempunyai tenaga kerja yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan TVET Sedunia 2015 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini Selasa.

Adenan berkata Sarawak komited untuk memajukan modal insannya bagi memastikan rakyat negeri ini memiliki pengetahuan, kemahiran dan inovasi bertaraf tinggi.

Sejajar itu, katanya Sarawak menubuhkan beberapa universiti dan pusat pembangunan kemahiran, di samping pelbagai institusi serupa yang telah ditubuhkan kerajaan persekutuan, bagi melatih tenaga kerjanya.

Mengenai Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) yang meliputi banyak kawasan di bahagian tengah Sarawak bagi memanfaatkan kekayaan sumber asli serta tenaga hidro yang murah, Adenan berkata ia akan menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negeri ini hingga 2030.

Beliau berkata Score dianggarkan menarik pelaburan bernilai lebih RM300 juta menjelang 2030, dan setakat ini, Score berjaya mendapatkan 20 projek dengan pelaburan berjumlah hampir RM31 bilion.

Pada persidangan itu, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia Vicki Treadell berkata TVET telah berubah daripada suatu opsyen pendidikan yang kurang popular berbanding universiti tradisional sebelum ini, untuk menjadi topik paling panas dalam dunia pendidikan masa kini.

Katanya apabila ekonomi semakin maju dan memerlukan lebih banyak pekerja mahir, kerajaan dan syarikat perniagaan semakin banyak melabur dalam TVET.

Treadell berkata TVET bukan sahaja sekadar dapat memenuhi keperluan pelbagai industri, tetapi juga keperluan latihan oleh pelajar daripada latar belakang sosioekonomi dan akademik berbeza.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell berkata TVET sudah berubah daripada pilihan pendidikan yang kurang popular berbanding universiti, kepada topik hangat dalam dunia pendidikan masa kini.

Katanya, ketika ekonomi berkembang pesat dan memerlukan lebih banyak tenaga mahir, kerajaan dan sektor perniagaan semakin meningkatkan pelaburan kepada TVET.

Treadell berkata TVET bukan sahaja dapat memenuhi permintaan dalam pelbagai industri tetapi juga latihan berbeza mengikut pelajar daripada latar belakang sosio-ekonomi dan pendidikan yang berlainan.

SHARE
Previous articleNajib Umum Struktur, Fungsi JKE Untuk Kukuhkan Asas Ekonomi Negara
Next articleMuhyiddin Disambut Penyokong