JOHOR BAHRU: Satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku dipercayai di kawasan bilik pembedahan Hospital Sultanah Aminah (HSA), sebentar tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari tadi dan kelihatan asap keluar dari kawasan bangunan itu di tingkat satu selain bau kesan terbakar.

Ketika ini, sebuah jentera bomba sudah tiba di lokasi, bagaimanapun masih belum ada laporan rasmi berhubung kejadian itu.

Tinjauan juga mendapati beberapa petugas HSA membawa keluar pesakit bagi mengosongkan bangunan.

SHARE
Previous articleHarga Minyak Masak Kekal
Next articleQu Puteh Tarik Diri Taja Kelantan