LIVERPOOL – Liverpool mengekalkan peluang untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri.

Jaringan Raheem Sterling dan Joe Allen memastikan Liverpool bangkit daripada dua kekalahan liga untuk mengurangkan jurang dengan Manchester City di tempat keempat kepada hanya empat mata dengan baki enam perlawanan.

Penyudahan cantik Sterling meletakkan Liverpool di depan selepas hanya sembilan minit dan Allen menambah satu lagi gol pada minit ke-70 sebelum pemain Newcastle, Moussa Sissoko, dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Liverpool naik ke tangga kelima dengan 57 mata daripada 32 perlawanan, satu mata di atas Southampton. Newcastle yang tewas untuk kali kelima berturut-turut, kekal di tangga ke-13 dengan 35 mata. – Reuters

SHARE
Previous articleNajib Bawa Banyak Pembaharuan – Mustapa
Next articleYayasan Pesara Kerajaan Malaysia Terima RM5 juta