SHAH ALAM – Tan Sri Noh Omar menolak dakwaan kononnya UMNO bertanggungjawab mencetuskan isu lompat Parti di Selangor, sebaliknya ia hanya lakonan dari PKR untuk mengalihkan perhatian Rakyat.

“Saya ikuti perkembangan politik Selangor. Dia (PKR) banyak berlakon, banyak cetus isu. Sebab apa? Sebab kalau mereka ada masalah dan tak dapat selesaikan masalah itu, mereka akan cipta isu lain, supaya orang lupa pada masalah dia.”

Ujar Noh, PKR di Selangor terpaksa mencetuskan isu empat ADUN itu selepas gagal menangani impak Muktamar PAS memutuskan usul putus hubungan dengan mereka, tanpa bahas 1 Mei lalu.

“Saya yakin yang memulakan isu empat orang (ADUN) itu bukan daripada Umno tetapi datangnya daripada mereka sendiri,”

Seorang daripada nama yang disebut-sebut itu, Rodziah Ismail, menafikan spekulasi berkenaan.

Perwakilan PAS sebulat suara mahukan tahaluf siyasi diputuskan dengan PKR, selepas parti itu bersekongkol dengan dua parti seterunya, DAP dan Amanah.

Pakatan Harapan kini menguasai 29 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dengan 14 daripadanya adalah wakil DAP, 13 PKR dan dua Parti Amanah Negara (AMANAH).

SHARE
Previous articlePPR Tehel Mampu Milik, Realisasi Hasrat Rakyat
Next articlePerangkap Nyamuk Solar Bendung Pembiakan Aedes