KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa banyak pembaharuan kepada negara terutama berkaitan perpaduan dan pemberian pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, Najib juga telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah kerana beliau mempunyai rasa ihsan yang tinggi.

“Bagi saya, Najib dah memimpin dengan baik. Ketokohan beliau diiktiraf di luar negara dan beliau dihormati kerana kebijaksanaannya. Tapi dalam negara pun beliau kena hebat juga tapi malangnya beliau dikritik hebat sejak akhir-akhir ini,” katanya pada majlis “Malam Anugerah Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) 2014” di sini, malam tadi.

“Saya orang lama, dah bertugas dengan tiga Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Saya pernah bertugas dengan Tun Mahathir dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Banyak gelaran (tidak baik) yang orang beri kepada beliau (Tun Dr Mahathir).

Justeru, Mustapa berkata rakyat perlu memberi sokongan kepada Najib dalam meneruskan usahanya membangunkan negara.

SHARE
Previous articleArab Saudi Guna Apache Perangi Pemberontak Yaman
Next articleLiverpool Tewaskan Newcastle