27 APRIL: Tan Sri Noh Omar yakin Selangor mampu ditawan semula BN dalam PRU-14 nanti.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, apa sahaja mungkin berlaku termasuk perkara yang mustahil kerana segalanya mengikut pada corak politik hari ini.

“Selangor walaupun kita kalah dulu, BN juga boleh bangkit semula walaupun hari ini ada 12 kerusi sahaja. Istilah bangkit cukup sesuai kerana kita akan mulakan langkah pertama iaitu dari peringkat bawah.

“Selangor ni pada 2008 kita kalah sedangkan pada 2004 kita menang dengan cemerlang. Kita menang di 22 kawasan parlimen, boleh dikatakan hampir 100 peratus kita menang, hanya kalah tiga sahaja. Tapi selepas tempoh empat tahun bila tsunami politik berlaku kita lihat BN tidak lagi berkuasa.

“Jadi ini bermakna tidak mustahil pasukan lemah kita akan terus katakan mereka lemah kerana ia boleh berlaku sebaliknya,” katanya.

“Sebab itu saya cakap tiada yang mustahil. Hari ini kita boleh menang, esok kalah, lusa menang semula. Sukan sama, politik pun sama dengan syarat kita kena bangkit mulai hari ini untuk mencapai kejayaan, katanya.
Mengulas lanjut mengenai keyakinan terhadap kemenangan BN di Selangor, Noh berkata rakyat boleh menilai sistem tadbir urus kerajaan Pakatan Harapan yang lemah dan menyusahkan rakyat kini.

“Pembangkang ni pandai bercakap sebelum dapat kuasa, tapi bila dah dapat kuasa mereka buat tindakan bukan kerana kepentingan negara.

“Lihat banjir lumpur yang berlaku di Kuang, Kajang kerana pembangunan yang diluluskan tanpa melihat persekitaran alam sekitar, mereka juga banyak memulakan projek pembangunan tanpa menunggu keputusan dari Majlis Pembangunan Fizikal Negara, inilah hasilnya. Menyusahkan rakyat,” ujarnya lagi.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Nadi Sihat Semarak “Bangkit Bersama” Sukan Sea ke-29 anjuran Pertubuhan Nadi Sihat bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

SHARE
Previous articleKehadiran Noh Omar Melegakan Penduduk Desa Mentari
Next articlePPR Tehel Mampu Milik, Realisasi Hasrat Rakyat