BANTING – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengembangkan pemasangan perangkap nyamuk solar ke kawasan lain yang merekodkan kes denggi tertinggi sekiranya ia menunjukkan hasil positif dalam mengekang pembiakan nyamuk aedes.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata keberkesanan perangkap nyamuk solar itu masih dipantau sejak ia dipasang di PPR Kampung Tehel, Melaka dan Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya pada hujung April lepas.

“Hasilnya boleh dilihat dalam tempoh beberapa minggu. Jika ia berkesan saya rancang untuk kita pasang di tiap-tiap kawasan PPR dan rumah kos rendah.

Tambah Noh, pihaknya juga akan memohon peruntukan khas untuk memasang perangkap nyamuk solar berkenaan yang berharga sekitar RM3,000 hingga RM5,000 setiap unit mengikut keluasan kawasan yang terlibat.

Tan Sri Noh Omar ditemui pemberita selepas sesi pertemuan bersama pemimpin komuniti dan penduduk pada Majlis Perhimpunan Perdana Rukun Tetangga Selangor.

SHARE
Previous articleLompat Parti Di Selangor Hanya Lakonan Dari PKR – Noh
Next articlePPR Lembah Subang : Kerajaan Negeri Salah Guna Kuasa – Noh