KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan penaja utama Kelantan, Vida Beauty Sdn Bhd menyuarakan hasrat untuk tidak menaja skuad itu musim depan.

Justeru, Annuar menjelaskan isu terbabit akan dibincangkan bersama barisan pengurusan persatuan itu dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Saya memahami hasrat mereka dan akan bawa isu ini ke majlis (pengurusan) KAFA. Kita akan mencari jalan keluar yang terbaik dengan mengambil kira semua faktor serta menjaga hubungan baik jangka panjang semua pihak.

“Walaupun ini akan menambah kesulitan KAFA, namun seperti biasa setiap musim pengurusan KAFA sentiasa di uji pelbagai kepayahan yang biasanya tidak difahami pihak luar. “Kita tidak akan mudah berputus asa.

Tugas bola (sepak) Kelantan yang tidak siapa mahu mengambil tanggungjawabnya ini bakal kita pikul sehingga ada pihak yang bersedia mengambil alihnya..Insya-Allah,” katanya dalam entri terbaharu di Facebook miliknya, hari ini.

Berdasarkan perjanjian asal, Vida Beauty Sdn Bhd yang juga pengeluar produk Pamoga Qu Puteh itu masih mempunyai kontrak tajaan setahun lagi bersama pasukan Kelantan.

SHARE
Previous articleLagi kebakaran di HSA
Next articleMayat Lelaki Terjun Jambatan Ditemui