KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini susulan harga rendah minyak mentah dunia.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.1950/2000 berbanding dolar AS berbanding 4.1915/1985 penutup Isnin.

Pedagang berkata, pasaran ragu-ragu berhubung kemampuan OPEC dalam cadangannya untuk mengurangkan pengeluaran.

Laporan sebelum ini menyebut OPEC bersetuju mengurangkan pengeluaran antara 32.5 juta tong sehari hingga 33 juta tong sehari, dan cadangan itu akan dimuktamadkan hujung bulan ini di Vienna.

Ringgit juga lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0147/0205 daripada 3.0105/0166 Isnin dan jatuh berbanding euro kepada 4.6002/6074 daripada 4.5918/5003.

Ringgit juga susut berbanding pound sterling kepada 5.1263/1332 daripada 5.0998/0087 dan jatuh berbanding yen kepada 4.0040/0092 daripada 3.9904/9982 Isnin. – BERNAMA

SHARE
Previous articleKedah Juara Piala Malaysia
Next articlePelancong Australia Dijumpai Selamat Di Mulu