KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS semalam apabila para pelabur mengambil peluang untuk mengumpul mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.6365/6395 berbanding 3.6300/6330 dolar AS semalam.

Ketua penganalisis pasaran ForexTime, Jameel Ahmad, berkata pasaran mata wang memulakan minggu ini dengan langkah berhati-hati terutama apabila dolar AS didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang rakan dagangnya.

“Langkah ini diambil kerana peniaga cuba memahami sebab apa senarai gaji bukan perladangan AS menjadi lemah pada minggu lalu,” katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit ditutup lebih tinggi.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.0314/0342 dari 3.0494/0524 semasa Isnin dan naik berbanding pound British kepada 5.3995/3054 daripada 5.4214/4273 semalam.

Nilai ringgit meningkat berbanding euro kepada 3.9452/9499 daripada 3.9865/9905 semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.6790/6816 daripada 2.6837/6863 sebelum ini.

SHARE
Previous articleAirAsia Memperkenalkan BIG Fixed Points
Next articleBN Sabah Berdiri Teguh Di Belakang Najib – Musa Aman