KUALA TERENGGANU :  Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dijadual bermula September ini terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk kerja-kerja penyelenggaraan masih berjalan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman berkata kemungkinan sistem kutipan tol di lebuh raya sepanjang 184km itu akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata kerajaan negeri masih menunggu tarikh pelaksanaan sistem kutipan tol daripada Kementerian Kerja Raya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu yang dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zubir Embong.

LPT2 yang dibina dengan harga RM3.7 bilion itu dibuka secara percuma kepada lalu lintas sejak 31 Dis tahun lepas.

“Memandangkan kerja-kerja menaiktaraf beberapa laluan di sepanjang lebuh raya itu sedang berjalan, maka berkemungkinan besar sistem kutipan tol akan berjalan akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

SHARE
Previous articleMesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 9 Sept – Tengku Adnan
Next articleKim Jong-Un Arah Tentera Bersedia