KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Dewan Rakyat setakat 6 Oktober 2017, seramai 346 orang berkait militan Daesh telah ditangkap.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, daripada jumlah tersebut, 95 orang daripadanya merupakan rakyat Malaysia.

“KITA DAPATI BAHAWA YANG MASIH BERJIHAD DI IRAQ DAN SYRIA SERAMAI 54 ORANG DARIPADA 95 ORANG TELAH MENEMUI MAUT DI SANA.

“Walaubagaimanapun dengan kerjasama yang dibuat bukan sahaja dengan Interpol, tetapi juga dengan beberapa agensi perisikan antarabangsa, kita yakin beberapa tangkapan yang dilakukan baru-baru ini telah menyebabkan unsur keganasan ini telah dapat ditangani,” katanya.

Soalan oleh Ahli Parlimen Ketereh juga meminta kerajaan menyatakan usaha sama yang dirangka dalam mempertingkatkan usaha memerangi jenayah rentas sempadan, jenayah terancang dan jenayah siber dalam usaha mewujudkan dunia lebih selamat.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif dengan beberapa insentif baru untum mencegah dan mengekang jenayah di dalam negara ini.

“Jalinan kerjasama di antara Malaysia dan Interpol bertujuan untuk memerangai ancaman keganasan jenayah siber, terancang dan gerakan ekstremis serta radikal seperti yang digariskan mengikut resolusi Majlis akeselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berkata, dalam menangani masalah pemerdagangan orang, kerajaan telah melakukan beberapa tindakan terutamanya dalam usaha penandatangani dan pelaksanaan terhadap resolusi yang ditentukan melalui UN Convention On Transnational Organized Crime yang mana pencapaiannya cukup berjaya

SHARE
Previous articlePulau Pinang Tidak Mengunapakai Garis Panduan KPKT – Noh
Next articleMahkamah Tolak Permohonan Nilai Semula Reman Shafie