PETALING JAYA, 17 OKT – Seramai 500 orang yang terdiri daripada warga emas, golongan kurang berkemampuan dan kurang upaya menerima sumbangan Deepavali berbentuk hamper dan wang tunai di Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, di sini hari ini.

Menurut salah seorang penerima sumbangan, Linggam Govindasami, 38, “Saya rasa syukur dan berterima kasih kepada barisan kepimpinan kerajaan persekutuan atas penganjuran program seperti ini.”

Penerima sumbangan, Linggam Govindasami, 38
Penerima sumbangan, Linggam Govindasami, 38

Bapa kepada tiga orang anak ini berkata sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan Hari Deepavali buat keluarganya.

Penerima sumbangan, Kaladewi Munusamy, 45

Seorang lagi penerima sumbangan, Kaladewi Munusamy, 45 tahun turut berterima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri atas inisiatif seumpama ini dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

Tambahnya, sumbangan ini dapat membantu meringankan bebannya dalam menyambut ketibaan sambutan perayaan esok.

Sementara itu, penerima sumbangan, Punitha Velayutham, 43, berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, “Program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat beragama Hindu yang akan merayakan Deepavali pada hari esok.”

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan.

Liputan Oleh : MalaysiaAkitf

SHARE
Previous articleJangan Sabotaj, Penduduk Perlu Bersatu – Noh Omar
Next articleKPKT Tidak Mempunyai Kuasa Menentukan Harga Rumah – Noh Omar