KUALA LUMPUR: Promosi tempat duduk percuma AirAsia kini kembali, dengan lebih daripada tiga juta tempat duduk ditawarkan ke lebih 20 negara dalam rangkaian luas kumpulan itu, termasuk laluan AirAsia X.

Dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, tempahan boleh dilakukan secara dalam talian di airasia.com mulai hari ini hingga 29 Mac, untuk perjalanan dari 1 September 2015 hingga 31 Mei 2016.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih AirAsia pada peranti iPhone dan Android, selain laman mudah alih mobile.airasia.com.

AirAsia berkata menerusi tambang asas bermula RM0 dan pemansuhan surcaj bahan api baru-baru ini, pengguna mungkin hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan fi semasa membuat tempahan untuk promosi kali ini.

SHARE
Previous articleKKLW Peruntuk RM2.5 Bilion Bagi Projek Seluruh Negara
Next articleHairul Sengaja Tidak Muncul Majlis Pertunangan