RABAT: Atlet seni bela diri campuran (MMA) Austria, Wilhelm Ott mengumumkan dia sudah memeluk Islam pada 16 April lalu dan mengakui pandemik COVID-19 membantu dirinya menemui kepercayaan yang sebenar.

Ott menerusi kenyataan di Instagram miliknya, berkata dia sebenarnya sudah lama memikirkan mengenai Islam tetapi tidak boleh melakukan apa-apa mengenainya.

“Saya membiarkan diri saya mudah untuk dipengaruhi. Namun, apabila saya berdepan detik sukar, panduan dalam Islam memberikan saya kekuatan,” katanya.

Pada kenyataan itu, atlet MMA berkenaan turut memuat naik video dia mengucapkan kalimah syahadah iaitu salah satu daripada lima rukun Islam.

“Kini, iman saya bertambah kuat yang mana dan saya dapat mengenali hanya satu-satunya Tuhan yang sebenar serta mengucapkan kalimah syahadah.

“Dengan bangganya saya boleh menyatakan saya kini seorang Muslim,’ katanya yang diberi gelaran ‘The Amazing’.

Dalam satu hantaran lain, Ott meluahkan rasa syukur di atas reaksi positif yang diterima daripada peminat dan komuniti Islam.

Ott yang dilahirkan pada 1982 kini menduduki ranking ke-74 daripada 615 petarung EU Wester Pro Welterweights yang masih aktif. – Agensi

SHARE
Previous articleSolat Tarawih Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi Tanpa Jemaah Awam
Next articleTak Sah Tarawih Secara “Online”