KUALA LUMPUR – Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat mendengar rintihan dan denyut nadi rakyat termasuk di Selangor.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata antara perkara yang diumumkan Najib dalam pembentangan Bajet 2018 kira-kira dua jam tadi turut melihat kesusahan yang dihadapi pesawah.

“Pertama kali kerajaan memperkenalkan bayaran RM200 selama 3 bulan dalam tempoh padi mereka dituai,”

“Alhamdulillah hari ini kerajaan mendengar suara pesawah padi, saya sebagai ahli parlimen yang mewakili pesawah padi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.”

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang memuji tindakan kerajaan dalam mendengar rintihan dan denyut nadi pesawah-pesawah kerana inisiatif yang sama pernah diberikan kepada nelayan-nelayan yang terjejas.

Belia ditemui pemberita di lobi parlimen selepas pembentangan Bajet 2018.

SHARE
Previous articleHanya 80 Pusat Tahfiz Dapat Kelulusan Bomba – Noh
Next articleBajet2018 : 2,000 Unit Rumah Bagi MyDeposit Dan MyHomes Dibawah KPKT