KUALA LUMPUR, 18 Mac 2015 – Sepuluh pemenang bertuah pertandingan di laman Facebook Pizza Hut berserta teman telah berpeluang untuk makan tengahari bersama ratu R&B, Ning Baizura, di Pizza Hut, Quill City Mall semalam.

Peluang yang mungkin datang ‘sekali seumur hidup’ untuk makan semeja dengan penyanyi wanita terkenal itu telah diraikan dengan sajian pelbagai hidangan dari Pizza Hut termasuk tarikan utama hari itu, piza Pastry Crown. Piza unik yang dilancarkan awal tahun ini telah mendapat sambutan yang cukup hangat dari pelanggan Pizza Hut sehingga promosinya juga telah dilanjutkan.

Piza berkualiti unik yang menampilkan kombinasi lapisan inti manis dan lazat beserta kerak keju tiga rasa yang dilapisi pastri mentega garing keemasan ini telah mendapat sambutan yang sungguh mengalakkan. Digabung dengan limpahan topping ketulan meatloaf ayam, bawang, nenas, kapsikum merah, keju mozzarella, dan sos istimewa BBQ Tennesse, piza Pastry Crown ini menghasilkan pelbagai kejutan rasa dalam setiap gigitan melalui keenakkan citarasanya yang luar biasa!

Peminat-peminat juga turut terpesona dengan kehadiran ratu R&B yang sememangnya ramah dan mesra, sambil menikmati hidangan lazat berserta perbualan yang menarik. Peminat juga dihiburkan dengan beberapa permainan dimana mereka diminta untuk menyanyikan lagu-lagu Ning yang paling digemari mereka.

“Saya berasa amat terhibur melihat gelagat peminat-peminat saya sambil makan di Pizza Hut. Saya juga berasa amat terharu apabila mendengar peminat menyanyikan lagu-lagu saya. Setiap artis semestinya akan merasa puas dan gembira apabila peminat-peminat menghargai hasil karya mereka,” kata Ning Baizura.

Hari yang sungguh istimewa itu berakhir dengan sesi bergambar dimana peminat-peminat diberi kesempatan untuk bergambar bersama artis kesayangan mereka, diikuti sesi bergambar beramai-ramai bagi merakamkan saat indah yang mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh pemenang-pemenang bertuah ini.