KOTA TINGGI, 14 Sept – ‘The 1st Desaru International Bike Week 2019’ merupakan satu program pemotoran “Bike Week” berstatus antarabangsa yang berlangsung selama 4 hari dan julung kali diadakan di Negeri Johor melibatkan penyertaan lebih daripada 50,000 pelbagai jenis kenderaan bermotor.

Seramai 1,200 bikers dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak serta beberapa negara dari rantau ASEAN seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei turut menyertai program ini.

Program kali ini turut mendapat penyertaan yang memberangsangkan dari peserta benua-benua lain, antaranya dari Norway, Turki, New Zealand, Australia, South Africa, Jepun, England, Bulgaria, USA (Toronto) USA (California) dan USA (Mayland).

Desaru International Bike Week 2019 adalah ilham daripada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor dan menjadi harapan agar DIBW2019 dapat menjadi signature event untuk negeri Johor.

Majlis perasmian Desaru International Bike Week 2019 telah dirasmikan oleh Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di Desaru Coast.

Turut hadir, Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Abdul Taib Mahmud dan Menteri Besar Johor Datuk Sahrudin Jamal.

Desaru International Bike Week (DIBW) ini akan dibangunkan sebagai acara yang akan mempromosikan negeri Johor sebagai arena pertemuan global peminat sukan permotoran dan dengan sokongan padu, perancangan yang teliti serta hala tuju yang jelas, negeri Johor boleh dibangunkan sebagai hab sukan di rantau ini sama ada sukan ‘competitive’ mahupun ‘non-competitive’.

Sukan juga merupakan instrumen perpaduan dan persefahaman yang paling efektif dan melaluinya negeri Johor dapat memperkukuhkan lagi kuasa dan hubungan dengan pelbagai negara.

Pada masa yang sama, ia juga akan membuka lagi ruang dan peluang penglibatan anak tempatan dalam sukan pemotoran yang sudah pasti akan memberikan pengalaman serta pendedahan yang baik di mana anak-anak Johor yang meminati sukan motor dapat melihat bahawa sukan ini mempunyai masa depan yang tersendiri.

DIBW2019 akan dicadangkan kepada kerajaan negeri Johor agar acara ini menjadi program dwi tahunan dan PBT Pengerang dipilih menjadi tuan rumah pada tahun 2021.
Sumber : (Malaysiaaktif)

SHARE
Previous articleKKMM Bakal Perkenalkan Polisi (Dasar) Data Dan AI – Gobind
Next articleSambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching