PENJAGA gol Aston Villa, Pepe Reina sering menjadi pelawak di bilik persalinan, terutama ketika berkhimat di Sepanyol lebih awal dalam kariernya.

Bagaimanapun, telatah lucunya sama sekali tidak terhenti apabila beliau menyertai ‘cabaran telur’ di media sosial.

Cabaran itu menyaksikan kelebihan pada dirinya yang berkepala botak.

Empat biji telur tersusun di dalam cawan yang cantik. Foto instagram preinaofficial
Empat biji telur tersusun di dalam cawan yang cantik. Foto instagram preinaofficial

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, pemain berusia 37 tahun itu menunjukkan empat biji telur di dalam susunan empat cawan yang cantik.

Rupa-rupanya, salah satu imej telur tu sebenarnya adalah kepala Reina sendiri.

Dia kemudian bangun dan membuat tarian yang melucukan.

Reina membuat kemunculan di sebalik susunan telur di atas cawan. Foto instagram preinaofficial
Reina membuat kemunculan di sebalik susunan telur di atas cawan. Foto instagram preinaofficial

Cabaran itu dilakukan bekas penjaga gol Liverpool di kediamannya semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akibat penularan wabak Covid-19.

Reina baru sahaja dipinjamkan dari AC Milan dan menyertai Aston Villa pada tahun ini. – Mail Online

SHARE
Previous articleFazura Umum Hamil 4 Bulan
Next articleTidak Salah Jika Tidak Pakai Penutup Hidung dan Mulut di Tempat Awam – Ismail Sabri