KUALA LUMPUR – Hanya 80 sahaja pusat tahfiz di negara ini yang mendapat kelulusan bangunan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pemeriksaan itu membabitkan 910 pusat tahfiz berdaftar di bawah majlis agama Islam negeri serta 328 pusat tahfiz persendirian.

“Daripada jumlah ini, 252 pusat tahfiz (membabitkan 169 pusat tahfiz berdaftar dan 83 pusat tahfiz persendirian) dikenal pasti tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.

“Setelah disiasat, 367 notis telah dikeluarkan membabitkan 83 pusat tahfiz atas pelbagai kesalahan.

“Tempoh pematuhan antara 90 dan 180 hari diberikan kepada pengurusan pusat tahfiz untuk memastikan premis mereka memenuhi arahan yang diberikan,” kata Noh pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Selain itu menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, daripada 1,238 pusat tahfiz yang ada di negara ini, hanya 986 sahaja yang mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.

“Bagi meningkatkan aspek pencegahan kebakaran di sekolah tahfiz, kerajaan telah mengarahkan JBPM untuk menjalankan pemeriksaan di semua sekolah tahfiz di seluruh negara. JBPM telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,238 pusat tahfiz.

“Hasil daripada pemeriksaan yang dibuat, kita dapati bahawa pusat tahfiz yang mematuhi piawaian keselamatan kebakaran hanya 986 sahaja. Di mana terdiri dari 748 tahfiz yang berdaftar dan 238 tahfiz yang tidak berdaftar.

“(Sementara) Bilangan pusat tahfiz yang mendapat kelulusan bangunan daripada JBPM hanya 80 sahaja. Iaitu 73 tahfiz yang berdaftar dan tujuh yang tidak berdaftar,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Susulan daripada itu katanya, notis menghapuskan bahaya kebakaran telah dikeluarkan yang melibatkan 83 pusat tahfiz.

“Dalam notis tersebut kita berikan tempoh pematuhan daripada 90 hingga 160 hari untuk pastikan mereka memenuhi arahan yang kita beri,” katanya.

SHARE
Previous articleKPKT Perkenal Agenda Perbandaran Baharu
Next articleBajet2018 : Noh Sambut Baik Bantuan Kepada Pesawah