TANJUNG KARANG, 15 OKT – Himpunan pembangkang gagal, itu yang dapat disimpulkan oleh Tan Sri Noh Omar ketika diminta mengulas berkenan himpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya semalam.

“Macam dulu kita lihat mereka mendapat sambutan yang luar biasa, jadi mereka ingat boleh mendapat sambutan sehingga melimpah sampai jalanraya, namum mereka gagal, saya mendapat makluman, paling banyak pun tak lebih 10,000 orang.

Tan Sri Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata matlamat pembangkang untuk membuat kekecohan gagal kerana pihak polis berjaya menangani dengan aman.

“Matlamat mereka supaya polis membuat ganguan dan sebagainya, tapi pihak polis lebih bijak menangani perhimpuan yang tidak dapat kelulusan ini, harapan mereka supaya jadi kecoh nampaknya pihak polis dan kerajaan dah boleh baca,”

“Rakyat kini boleh menilai sendiri pendirian politik pembangkang yang sentiasa berubah-ubah serta tuduhan-tuduhan yang tidak berasas yang dilontarkan kepada kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Deepavali kepada penduduk sekitar Tanjung Karang di sini hari ini

Media hari ini melaporkan polis menganggarkan hanya 4,000 orang hadir, jauh daripada 100,000 peserta yang disasarkan penganjur.

SHARE
Previous article8 Kerusi Merupakan Sasaran BN Wilayah Persekutuan
Next articleCinta Pertama Arathi, Tema Iklan Deepavali Petronas