TANJUNG KARANG, 13 Okt – Kedegilan Pakatan Harapan yang tidak mahu mendengar setelah dinasihati polis menunjukkan sikap mereka yang tidak menghormati undang-undang.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, sikap tidak menghormati undang-undang itu bukanlah satu yang baharu membabitkan pembangkang, sebaliknya ia adalah taktik yang digunakan oleh mereka bagi mencetuskan kekecohan bagi dan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Budaya melawan undang-undang ini adalah budaya pembangkang. Pembangkang tetap mahu mengadakan himpunan di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, dengan harapan polis akan mengambil tindakan.

“Selepas itu mereka akan menguar-uarkan di peringkat antarabangsa kononnya Malaysia dan kerajaan tidak demokratik,” katanya kepada pemberita sebelum melakukan tinjauan mesra di Kampung Bukit Belimbing di sini, hari ini.

Pembangkang ini cuba nak jadi popular, nak cari publisiti lebih-lebih lagi tempoh PRU14 semakin hampir. Bila polis ambil tindakan, mereka akan salahkan polis dan tunding jadi kepada BN..kononya mereka jadi hero,” katanya.

Dalam masa yang sama, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut membidas penyokong pembangkang yang mempertikaikan usaha wakil-wakil rakyat BN turun padang kononnya kerana PRU14 semakin dekat.

Sebelum itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyalurkan peruntukan RM550,000 untuk pembangunan di Kampung Bukit Belimbing semasa menggadakan program turun padang di kawasan tersebut.

SHARE
Previous articleGabungan Persatuan Mudahkan Kerajaan Salur Bantuan – Zahid
Next articleBerpijak Di Bumi Yang Nyata – Ahmad Zahid