Di sini kami ingin bawakan berita gembira buat peminat Apple di luar sana. Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, Apple secara rasmi melancarkan iPhone terbaru mereka iaitu iPhone SE berwajah baru.

Umum mengetahui bahawa iPhone terbaru ini telah menampilkan nama yang sama dengan model yang telah memasuki pasaran pada tahun 2016. Sekaligus mencatatkan harga iPhone termurah yang pernah dikeluarkan oleh Apple iaitu iPhone SE.

Apple cukup terkenal dengan produk mereka yang dijual dengan harga yang agak mahal. Namun, siapa sangka bahawa Apple kini menawarkan iPhone keluaran terbaru ini dengan harga mampu milik.

Harga iPhone SE hanya RM1,999

Rekaan iPhone ini dilihat mempunyai reka bentuk yang ringkas dan wajah yang sama seperti iPhone 8. Ianya mempunyai ukuran saiz skrin 4.7-inci dan turut disertakan dengan butang TouchID untuk keselamatan yang lebih baik.

Menariknya, dengan harga murah yang ditawarkan pada iPhone ini, Apple turut menyediakan processor Apple A13 Bionic pada model ini iaitu processor yang sama dengan iPhone 11 dan iPhone 11 Pro. Sokongan Haptic Touch, kalis air IP67 dan HDR10 juga disertakan.

Model iPhone SE yang muncul dengan kombinasi unik ini telah direka dengan cukup hebat iaitu dengan memperbaiki kekurangan iPhone SE sebelumnya, termasuk sistem kamera untuk gambar dan video yang lebih hebat.

Bagaimanapun, iPhone SE ini hanya disertakan dengan satu kamera belakang sahaja dengan 12-Megapixel f/1.8. Ianya turut disertakan dengan fungsi portrait mode dan kamera hadapan model pula mempunyai lensa 7-Megapixel f/2.2. Apple juga menyediakan tiga pilihan warna pada iPhone SE ini iaitu warna putih, hitam serta warna eksklusif (Product) Red.

Sumber

SHARE
Previous articleBapa Lekatkan Anak Kecil Di Lantai Guna Sellotape
Next articleNASA Temui Planet Seiras Bumi Yang Mungkin Berpenghuni