SUBANG – Janji Ditepati! Itu perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kesinambungan dari kejadian yang menimpa kedua-dua keluarga yang rumah dan kedai mereka dirobohkan pada 4 Oktober lepas.

Operasi perobohan tersebut telah diketuai dan diselaraskan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. Operasi ini turut dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan juga lain-lain agensi.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui menterinya Tan Sri Noh Omar harini menunaikan janjinya untuk membantu penghuni yang terbabit dengan memberikan kelulusan rumah dan kedai baharu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2.

“Apabila saya baca berita berkenaan ini dimedia, saya bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka”

“Pada mulanya media mengatakan kerajaan negeri Selangor ingat membantu mereka, jadi saya tidak mahu masuk campur, namun saya dimaklumkan permohonan mereka tidak diterima oleh kerajaan negeri Selangor”

“Jadi saya maklum pada ADUN Kota Damansara, Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Bohan untuk menawarkan pada mereka rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 ini” katanya

“Borang Permohonan ini saya terima pada jumaat lepas, saya terus luluskan walaupun berada di luar pejabat pada waktu itu.”

“Rumah yang disediakan ini adalah sewa untuk dibeli, yang mana semasa dibina harganya RM125,000 sahaja berbanding harga sekarang mencecah RM180,000 seunit dan sewa juga difahamkan mencecah RM1000 sebulan kerana berada di sebelah MRT Ara Damansara.

Beliau berkata, kerajaan BN sentiasa mengambil berat tentang rakyat dan ini terbukti walaupun baru setahun dilantik menteri Kabinet, beliau mampu membelanjakan lebih banyak untuk rakyat dan menggunakan kuasa budi bicara yang ada untuk menyelesaikan nasib dua keluarga ini.

Katanya, beliau turut meluluskan dua unit kedai dua tingkat di PPR yang sama untuk kedua-dua keluarga itu berniaga kedai makan dan runcit selepas dirayu oleh Halimaton

“Tadi saya tengok pegawai kementerian caj RM550 sebulan, tetapi setelah mendengar rayuan kedua-dua mangsa yang masih belum pulih dari masalah telah dikurangkan kepada RM300 sebulan.

“Saya sudah meminta pihak saya supaya tak perlu kutip sewa sekarang sehingga mereka menyelesaikan masalah mereka, mungkin mulai November ini akan dikutip sewa.

Tan Sri Noh ditemui pemberita di majlis ringkas penyerahan kunci kepada kedua-dua keluarga yang terbabit di PPR Lembah Subang 2, hari ini.