Kami merujuk kepada laporan portal Malaysia Daily (malaysiadaily.my) bertarikh 10 Oktober 2017 Selasa) bertajuk ‘Janji Ditepati, Mangsa Rumah Diroboh Dapat PPR Dan Kedai’

Dalam laporan ‘Janji Ditepati, Mangsa Rumah Diroboh Dapat PPR Dan Kedai’ hanya menyebut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terbabit dalam operasi perobohan tersebut.

Untuk makluman, operasi perobohan tersebut telah diketuai dan diselaraskan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. Operasi ini turut dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), MBSA dan juga lain-lain agensi. Dalam operasi yang dijalankan ini pihak MBSA hanya membantu pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf di atas kesilapan di pihak kami.

Berikut kenyataan Rasmi daripada Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ingin mengulas mengenai isu perobohan struktur di atas tanah kerajaan berdekatan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang seperti yang disiarkan di portal Malaysia Daily (malaysiadaily.my) bertarikh 10 Oktober 2017 Selasa) bertajuk ‘Janji Ditepati, Mangsa Rumah Diroboh Dapat PPR Dan Kedai’ .

Untuk makluman, operasi perobohan tersebut telah diketuai dan diselaraskan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. Operasi ini turut dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), MBSA dan juga lain-lain agensi. Dalam operasi yang dijalankan ini pihak MBSA hanya membantu pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memohon pihak Malaysia Daily supaya dapat memperbetulkan fakta di dalam berita yang telah disiarkan pada 10 Oktober 2017 (Selasa). MBSA juga memohon supaya pihak Malaysia Daily untuk menyiarkan kenyataan ini agar masyarakat mendapat berita yang sahih dan tidak terkeliru dengan fakta yang telah disiarkan. Kerjasama pihak Malaysia Daily untuk menyiarkan kenyataan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

SHARE
Previous articleMangsa Rumah Diroboh Bersyukur Dapat PPR dan Kedai
Next articleKPKT Lulus RM400 Ribu Bina Surau, Dewan Komuniti