KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar untuk meminta anaknya Lim Guan Eng meletakkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai tanda tanggungjawab di atas kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, sebelum ini ketika tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kit Siang dengan pantas menunding jari menyalahkan kerajaan serta mencabar beliau meletakkan jawatan disebabkan kejadian tersebut.

“Bila kejadian kebakaran tersebut berlaku Kit Siang suruh saya letak jawatan.

“Sekarang berlaku tanah runtuh di negeri anak dia (Guan Eng) saya cabar dia nasihat anak dia untuk meletakkan jawatan pula,” katanya dalam sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.

SHARE
Previous articleMahkamah Tolak Permohonan Nilai Semula Reman Shafie
Next articleNoh Tawar PPR Pada Penduduk Kampung Kubu Gajah