PUTRAJAYA – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengemukakan permasalahan dibangkitkan di konvensyen JMB kepada Kabinet untuk diambil perhatian.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata demikian pada sesi soal jawab Konvensyen JMB/MC peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Dalam sesi itu, Noh menerima banyak aduan daripada wakil penduduk berhubung kegagalan kerajaan Selangor menyelia dan menyelenggara perumahan PPR walaupun itu tanggungjawab mereka.

Mengenai masalah penyewa atau pemilik PPR gagal menjelaskan bil air dan elektrik, beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Selangor memberitahu, JMB dan MC tidak ada kuasa untuk memotong bekalan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tugas memotong bekalan air dan eletrik yang tertunggak ialah kerja jabatan air dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bagaimanapun, saya akan bincang dalam Kabinet agar tugasan dan tanggungjawab memotong bekalan air yang tertunggak kepada JMB/MC.

“Ini sebagai pengajaran kepada penyewa atau pemilik agar menyelesaikan hutang bil dengan JMB/MC.

“Mustahil mereka tak ada duit nak bayar. Saya tengok setiap mereka ada kereta, ada saluran Astro. Boleh bayar pula ansuran bulanan dan bil televisyen swasta itu. Nak bayar bil air, liat,” katanya.

SHARE
Previous articleHanya Pemaju Ada APDL Dibenar Siar Iklan Jual Rumah – Noh
Next articleRoboh Rumah, Saya Akan Selesaikan Segera – Noh