KUALA LANGAT – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM750,00 untuk kerja baik pulih infrastruktur dan penyelenggaraan di dua pangsapuri sekitar DUN Sijangkang di sini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak RM 100,000 diperuntukan untuk membaikpulih 2 surau yang berhadapi masalah bumbung dan lantai.

“Ada 2 surau yang saya lawati saya luluskan RM100,000 untuk membaiki bumbung dan untuk membaiki lantai”

Untuk gologan belia peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membangunkan padang futsal berbumbung di kawasan ini.

“Oleh kerana ramai golongan belia dia kawasan ini, kita akan wujudkan tiap-tiap kawasan perumahan sekurang-kurang ada 1 padang futsal berbumbung, oleh itu saya beri kelulusan RM500,000 untuk membangunkan padang futsal ini.”

“Padang futsal berbumbung ini juga boleh digunakan untuk majlis keramaian atau dewan terbuka untuk kegunaan penduduk”

Tan Sri Noh juga menyeru untuk pengusaha taska untuk membuka taska dan pusat penjagaan kanak-kanak di kawasan ni bagi memudahkan ibubapa menghantar anak-anak mereka kerana kekurangan kemudahan itu di kawasan ini.