PUCHONG, 5 OKT – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui menterinya Tan Sri Noh Omar meluluskan peruntukan sebanyak RM7.1 juta untuk penduduk Dun Seri Serdang, Puchong.

Ia melibatkan kawasan Pangsapuri Taman Puchong Permai Blok (38 Blok), Pangsapuri Taman Puchong Permai (10 Blok), Pangsapuri Puchong Perdana (11 Blok) dan Pangsapuri Garnet, Puchong Indah (5 Blok).

“Daripada permohonan yang saya terima ia melibatkan lebih RM30 juta, melihat kepada keutamaan yang mendesak dalam soal keselamatan penduduk, saya luluskan RM7.1 juta untuk kawasan ini.” .

“Ada pangsapuri ini sudah lebih 20 tahun usianya, ada kes di mana budak terjatuh disebabkan hand rail patah akibat reput, ini soal keselamatan dan keselesan rakyat yang tidak boleh kita pandang remeh seperti ditekankan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri tentang Kesejahteraan Bandar”

Menurut beliau kebanyakan masalah adalah disebabkan tiada pembelaan untuk membaiki bumbung, handrailing dan keadaan bangunan yang uzur dan tidak dicat.