SUNGAI BULOH – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM2.69 juta untuk kerja baik pulih infrastruktur dan penyelenggaraan di Pangsapuri Impian Indah, Paya Jaras di sini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, peruntukan diluluskan bagi membaikpulih handrail, pam air, lif dan bumbung untuk 3 blok bangunan di sini.

“Saya luluskan peruntukkan RM 2.69 Juta bagi kerja baikpulih handrail, pam air, lif dan bumbung untuk 3 blok bangunan di sini.

“Komitmen kerajaan BN adalah memberikan khidmat terbaik untuk rakyat dan merupakan amanah yang saya pegang selama ini,”katanya ketika Lawatan Kerja ke Paya Jaras, di sini petang tadi.

“Penghuni Pangsapuri Impian Indah, Paya Jaras akan menikmati kehidupan yang lebih baik selepas ini. ” katanya.

SHARE
Previous articleNoh Tawar PPR Pada Penduduk Kampung Kubu Gajah
Next articleKPKT Perkenal Agenda Perbandaran Baharu