KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Kuching dan Samarahan meningkat kepada sangat tidak sihat setakat jam 12 tengah hari.

Menurut laman MyIPU Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedua-dua IPU kawasan berkenaan melebihi IPU 200 dimana Kuching mencatatkan IPU 228 manakala Samarahan IPU 204.

Sementara itu, lima lagi kawasan masih mencatatkan tahap bacaan tidak sihat iaitu Sarikei IPU 149, Sri Aman (IPU 149), Sibu (IPU 144), Bintulu (IPU 112) dan Mukah (IPU 110).

Manakala kawasan lain enam kawasan lain masing-masing mencatatkan IPU pada tahap sederhana.

Antaranya, Samalaju IPU 99), ILP Miri (IPU 88),  Miri (IPU 86) dan SK Kuala Baram  (IPU 84), Kapit (IPU 83) dan Limbang (IPU 78).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan berkata JAS telah mengesan sebanyak 14 titik panas di negeri ini,  setakat jam 12 tengah hari, tadi.

Daripada jumlah itu, tujuh titik panas dikesan di Marudi, empat lagi dikesan di Belaga, dua titik panas di Julau dan satu titik panas di Kapit.

Manakalan sebanyak 1,088 titik panas dikesan di Kalimantan dan 154 titik panas dikesan di Sumatera.

Sumber : Utusan Borneo Online

SHARE
Previous articleSambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching