SUBANG – Setelah kediaman berhampiran Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dirobohkan pada Rabu lalu, ketakutan menghantui dua bekas pegawai masjid berkenaan memikirkan keselamatan isteri dan anak-anak.

Bagaimanapun nasib mereka akhirnya terbela apabila diberikan rumah baharu untuk diduduki di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 di sini.

“Sejak rumah dan kedai kami diroboh pada Rabu lepas, kami bersama isteri dan lapan anak terpaksa tidur dan menjalani kehidupan di tempat letak kereta berhampiran kawasan sekitar.

“Barang perniagaan dan peralatan rumah rosak akibat diroboh dianggarkan kerugian sekitar RM10,000″

“Hari ini kami teruja dengan tindakan pantas dan keprihatinan Menteri Kesejahteraan Bandar, perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar menyediakan rumah baharu dengan kadar Sewa RM255 sebulan,” kata Abdul Razak Said, 50, ketika ditemui di sini hari ini.’

Lebih menggembirakan, mereka bukan hanya menerima seunit rumah PPR, malah mereka turut disediakan seunit kedai di tingkat bawah PPR yang sama dengan kadar sewa serendah RM300 sebulan.

SHARE
Previous articleJanji Ditepati, Mangsa Rumah Diroboh Dapat PPR Dan Kedai
Next articleKenyataan Media Portal Malaysia Daily