KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan bagi memansuhkan Tol Sungai Rasah dan Tol Batu Tiga adalah bukti kerajaan mengambil berat kepentingan rakyat dan mengetepikan kepentingan politik.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, selain mengurangkan kesesakan, langkah memansuhkan tol tersebut juga akan mengurangkan beban pengguna jalan raya, terutama yang menggunakan laluan tersebut.

“Walaupun Selangor ialah negeri pembangkang tetapi kerajaan menghapuskan kedua-dua tol ini dengan tidak mengambil kira kepentingan politik, tetapi lebih kepada kepentingan rakyat,”

“Apabila diumumkan kedua-dua tol di Selangor ini dimansuhkan, ianya bukan saja boleh meringankan beban rakyat membayar tol, malah boleh juga memberikan laluan di Lebuhraya Persekutuan ini lebih lancar.

Noh, ditemui pemberita di lobi parlimen selepas pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

SHARE
Previous articleBajet2018 : 2,000 Unit Rumah Bagi MyDeposit Dan MyHomes Dibawah KPKT
Next articleBajet 2018 Cemerlang Dan Komprehensif – Zahid