TOKYO, 16 Mac – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau membuat kenyataan kononnya kerajaan akan membina projek seperti Terowong Smart di Kelantan bagi menangani masalah banjir di negeri itu.

Katanya laporan berita yang memetik beliau itu adalah tidak benar kerana walaupun beliau telah melihat projek terowong seperti itu berjaya dilaksanakan di Jepun dalam mengurangkan masalah banjir, tetapi ia masih memerlukan kajian mendalam.

” Saya tidak buat apa-apa kenyataan. Tidak semestinya apa dibuat dan sesuai di Jepun, sesuai di Malaysia. Kita buat kajian mendalam, sistem apa, teknolgi apa yang wajar.

” Kita datang Jepun belajar apakah teknologi itu sesuai. Setiap sesuatu perkara melibatkan kos besar. Underground tunnel pasti melibatkan kos besar Ada teknologi tak sesuai.

” Pengurusan banjir di Jepun tak sama dengan Malaysia. Kita buat perbandingan. Dalam hal berlaku di Kelantan, kita nak tahu puncanya dan telah dimulakan oleh beberapa universiti,” katanya pada sidang media akhir lawatan empat hari beliau di Jepun

SHARE
Next articleTiga Projek Agropolitan Akan Dibuka Dalam RMK-11