KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya terus melipatgandakan usaha untuk memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Beliau berkata kerjasama padu dan jitu antara pemimpin, penjawat awam dan rakyat adalah amat penting bagi membentuk pasukan yang mantap terutama bagi memastikan kejayaan dasar dan agenda pembangunan kerajaan.

“Pada masa sama, peranan sektor swasta sebagai rakan kongsi strategik juga amat signifikan agar pertumbuhan ekonomi negeri terus berkembang maju serta lebih berdaya saing termasuk di peringkat global,” katanya.

Beliau demikian ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari sempena pembukaan rasmi penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini Khamis.

Musa percaya jika semua pihak memperkukuh kerjasama serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya, kepesatan pembangunan negeri akan dapat dipacu secara lebih holistik dan efisien dalam semua prospek dan potensi.

Sehubungan itu beliau menyeru Adun agar memanfaatkan persidangan dengan sebaiknya dan dalam masa sama menghayati sepenuhnya intipati ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

SHARE
Previous articleECER Tarik Pelaburan RM73.04B 2007-Mac 2015
Next articleRonaldo Cipta Gol ke-300 Bersama Real Madrid