SELANGOR – Program My Beautiful Neighborhood (MyBN) yang bakal berlangsung sabtu ini dijangka menarik penyertaan 5000 pengunjung di 9 dearah di negeri ini.

Program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berlangsung secara serentak seluruh negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar yakin program berkenaan bagi mewujudkan persekitaran kejiranan penduduk yang selamat, bersih dan indah secara mapan

“Kita nak mewujudkan satu budaya gotong-royong kerana inilah salah satu konsep boleh mewujudkan satu suasana perpaduan, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, kita kena mengenali satu sama lain untuk kita hendak menjaga persekitaran kita dari segi kebersihan dan menjaga peralatan awan untuk kegunaan bersama”

“Kita harap dengan MyBN akan dapat meningkatkan lagi semangat gotong royong di kalangan penduduk” katanya

Beliau ditemui pemberita selepas sesi temubual di konti SelangorFM.

22406029_1677104792362422_3518321980071858891_n

Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan program MyBN peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama di Sungai Buloh.

Pelbagai aktivti secara santai antaranya gotong royong dan pameran perlbagai agensi menanti pengunjung.