KUALA SELANGOR, 14 Okt – Program My Beautiful Neighborhood (MyBN) ialah satu program yang tidak ada protokol dalam menanam semangat kerjasama dalam bergotong-royong dan toleransi antara masyarakat serta nilai kebersamaan dan cinta kepada kebersihan.

Noh berkata program ini memilih tidak mengunakan sebarang khemah ataupun persiapan besar, ini kerana sesuai dengan budaya masyarakat malaysia untuk bergotong-royong dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat setempat.

“Khemah-khemah besar pun tak ada, kita tidak mengunakan khemah, pendek kata tidak ada protokol, ini sesuai dengan budaya kita nak melaksanakan gotong-royong ni, tidak ade protokol kerana bila kita adakan gotong-royong ia nak mengeratkan hubungan sesama masyarakat setempat” katanya.

Tan Sri Noh yang juga Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata masyarakat perlu ada sifat ambil tahu tentang masalah persekitaran perumahan di kalangan masyarakat demi keselamatan keluarga dan masyarakat setempat.

“Kita kene ade sikap mesra jiran dan kita kena ambil tahu masalah keselamatan, kesejahteraan di mana kita tinggal dengan cara kita mesti ada semangat kemasyarakatan dan juga mesra jiran, sebab itu kita namakan program ini My Beautiful Neighborhood (MyBN) untuk menanamkan semangat kejiranan dan gotong royong ke seluruh negara” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran program Strategi Lautan Biru Kebangsaan My Beautiful Neighborhood (MyBN) peringkat kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diadakan secara serentak di 98 kawasan seluruh negara, di sini.

Sementara itu, Najib turut mengucapkan penghargaan kepada Noh yang mengambil inisiatif menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat kepada mangsa rumah yang diroboh kerajaan negeri baru-baru ini.

“Kita tak robohkan rumah imam ke bilal dan sebagainya, kita hanya robohkan rumah nyamuk Aedes. Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Noh kerana telah memberi rumah PPR kepada penghuni rumah-rumah yang telah diroboh kerajaan negeri,” katanya.

SHARE
Previous articleBerpijak Di Bumi Yang Nyata – Ahmad Zahid
Next articleKPKT Cadang Bina PPR Untuk 300 Bekas Pekerja Ladang