TANJUNG KARANG – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar kesal dengan keputusan kerajaan negeri yang menolak permohonan projek pembangunan waterfront dan padang astaka di Tanjung Karang.

Menurut Noh, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan negeri melalui Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak meluluskan projek tersebut yang sepatutnya akan dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Mungkin sebab projek itu akan dibuat di Tanjung karang iaitu di kawasan Noh, kerajaan negeri terus tolak. Projek ini kalau mengikut pelan perancangan, ia turut melibatkan pembangunan waterfront di Sungai Tengi dalam Pekan Tanjung Karang.

“Kita sudah ada peruntukan sebanyak 6 juta untuk kita bangunkan waterfront dan padang astaka yang lebih cantik, saya dah bincang dengan JAS (Jabatan Alam Sekitar), mereka tiada halangan.

“Kita tak mintak satu sen pun dari kerajaan negeri, kita nak memberikan kesejahteraan hidup dan juga mencantikkan lagi pekan Tanjung Karang” katanya selepas mengadakan walkabout di Taman Raden Jaya di sini.

Noh yang merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menyatakan akan mencari jalan bagi memastikan projek rakyat itu dapat diteruskan.

“Kita akan mencari jalan untuk melaksanakan projek ini,”

“Saya hormati keputusan kerajaan negeri, tapi adalah lebih baik mereka turun padang dan melihat sendiri kehendak rakyat di kawasan ini,” jelasnya

SHARE
Previous articleKK City Wifi Beri Banyak Manfaat Kepada Sabah
Next articleAzmin Tidak Serius Tangani Masalah Denggi – Noh