SUNGAI BULOH – Tan Sri Noh menawarkan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada Penduduk Kampung Kubu Gajah yang terkesan kerana tanah yang mereka duduki bakal diambil semula oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk dibangunkan.

Tan Sri Noh melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 59 keluarga yang terkesan bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata 59 pemilik kediaman di Kampung Kubu Gajah itu perlu akur kerana tanah berkenaan milik TNB dan mereka mempunyai hak untuk mengambil balik.

“Pada mulanya saya serahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan dan kerajaan negeri selesaikan. Selepas itu ada dengar kerajaan negeri mahu bagi tanah untuk bina kediaman.

“Kemudian katanya tak jadi bagi tanah, tetapi mahu bagi pampasan RM15,000 seorang, tapi saya tanya TNB mereka pun tidak tahu. Jadi, saya datang mahu bantu mereka, saya tak mahu lihat rumah rakyat dirobohkan sesuka hati.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada TNB kerana bersetuju menangguhkan dan memberi masa kepada penduduk untuk mencari kediaman yang baru.

“Saya menawarkan kepada mereka untuk berpindah ke rumah PPR Lembah Subang 2 atau di Kepong. Saya harap mereka pertimbangkan,” katanya.

SHARE
Previous articleKit Siang Dicabar Minta Guan Eng Letak Jawatan
Next articleKPKT Luluskan Peruntukan RM2.69 Juta Pangsapuri Impian Indah