*PENCERAHAN ISU TOL BATU TIGA DAN SUNGAI RASAU*

Benarkah dakwaan yang mengatakan perjanjian konsesi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan tamat pada 2018?

Mari kita semak beberapa fakta penting di sebalik dakwaan ini.

1. Plaza tol Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 yang dikenali sebagai Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau adalah sebahagian daripada Konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

2. Pada 18 April 2015, PLUS melalui satu kenyataan menyatakan bahawa perjanjian konsesi kedua-dua tol ini yang sepatutnya berakhir pada 2018 telah dilanjutkan hingga 2038.

3. Keputusan ini sejajar dengan semakan yang dibuat pada tahun 2011 yang melanjutkan perjanjian konsesi PLUS di semua plaza tol hingga 2038.

4. Dalam pengumuman yang sama, PLUS menyatakan bahawa para pengguna dia kedua-dua laluan ini hanya perlu membayar kutipan tol pada kadar separuh harga sahaja.

5. Mengikut terma perjanjian asal yang ditandatangani pada era Tun Dr. Mahathir, kadar tol yang sepatutnya dikenakan ke atas pengguna di kedua-dua laluan ini sekarang ialah RM2.40.

6. Di bawah perjanjian baru (pelanjutan hingga 2038), kutipan dikekalkan pada kadar RM1.10 bagi mengurangkan bebanan pengguna. Kadar ini kekal sejak tahun 2005.

7. Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau ini dimansuhkan sepenuhnya bermula Januari 2018.

Justeru adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan konsesi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan tamat 2018 kerana ia telah dilanjutkan hingga 2038 melalui semakan dan perjanjian semula yang dibuat pada 2011.

Walau bagaimanapun, atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, kutipan di kedua-dua plaza tol ini telah dimansuhkan sepenuhnya.

sumber : sosial media

SHARE
Previous articleTeks ucapan penuh Bajet 2018
Next articleKPKT Cadang Gubal Akta Kebenaran Iklan Jualan Perumahan