SEMPORNA: Persidangan perwakilan UMNO adalah platform penting untuk ahli parti menyuarakan pandangan masing-masing bagi memperkukuhkan parti, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, persidangan yang diadakan setiap tahun itu dapat dimanfaatkan untuk mengutarakan pelbagai pandangan atau idea yang boleh memperkasakan lagi UMNO yang juga teras kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Dalam forum ini kita dapat mengutarakan pandangan-pandangan yang kita anggap penting,” katanya semasa merasmikan persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Semporna, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, suara daripada peringkat akar umbi adalah sangat penting untuk didengar oleh pucuk pimpinan kerana perjuangan UMNO bukan sahaja untuk anggota parti, tetapi untuk semua rakyat yang ada di negara ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

SHARE
Previous articleSiasat Dan Ambil Tindakan Kata Shafie Apdal
Next articleTiada Ahli Parlimen BN Yang Terlibat – Shahrir Samad