KUALA SELANGOR – Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kesal dengan tindakan kerajaan Selangor yang menyalah guna kuasa dengan terus mempolitikkan isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 hingga menyukarkan usaha membantu penghuninya.

Ujur beliau, KPKT menerima notis pengosongan bangunan bertarikh 17 Julai daripada kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mengarahkan kementerian mengosongkan ruang pejabat yang didirikan di PPR itu sejak awal tahun ini.

“Kita dapat surat dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), diarahkan mengosongkan bangunan di bawah Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974”

“Saya nak tanya kerajaan negeri, mengapa notis pengosongan bangunan dikeluarkan setelah pejabat ini beroperasi hampir tujuh bulan, dan bukannya semasa kerja-kerja pengubasuaian bangunan dibuat,” katanya dalam sidang media selepas melawat tapak Projek Taman Sungai Yu Indah di sini semalam.

Menurutnya KPKT telah mengubahsuai sebuah daripada unit rumah di PPR itu untuk dijadikan pejabat bagi memudahkan usaha berurusan dengan penghuni di kawasan itu.

Noh turut mendakwa MBPJ tidak telus dan profesional apabila mendirikan sebuah pejabat di atas tanah KPKT yang juga terletak bersebelahan pejabat KPKT di PPR itu.

MBPJ dalam notis itu memberikan masa 30 hari kepada KPKT mulai 17 Julai untuk mengosongkan bangunan itu dan jika gagal maka tindakan merobohkan bangunan itu akan dibuat kerana menyalahi Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kesimpulan nya rakyat selangor perlu buka mata dan menilai bertapa ceteknya pemikiran kerajaan negeri Selangor yang sangup menyusahkan rakyat kerana politik”

Noh berkata pihaknya telah membelanjakan lebih RM20 juta daripada RM60 juta yang dituntut kerajaan Selangor bagi proses pengambilalihan pengurusan PPR Lembah Subang 1 yang antaranya melibatkan tunggakan bayaran sewa penduduk PPR itu.

SHARE
Previous articlePerangkap Nyamuk Solar Bendung Pembiakan Aedes
Next articleKPKT Siapkan 190 Projek Perumahan Terbengkalai